QURBAN KE ARAH KEBAJIKAN Kempen Qurbani – Global 2009 anjuran Islamic Relief Malaysia
QURBAN KE ARAH KEBAJIKAN
Kempen Qurbani Global 2009 anjuran Islamic Relief Malaysia
Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha atau hari raya Qurban, Islamic Relief Malaysia (IRM ) sekali lagi mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi menjalankan ibadah qurban di 28 buah negara termasuk Malaysia, Palestin, Kosovo, Iraq, Sudan, Pakistan dan beberapa negara lain di mana Islamic Relief beroperasi melalui kempen Qurban global anjuran IRM.
Bagi perlaksanaan Qurban di Malaysia, di samping pengagihan daging qurban, IRM juga akan menyediakan sumbangan pek makanan asas termasuk beras, tepung, gula dan makanan asas yang lain kepada penerima sumbangan daging qurban. Sumbangan ikhlas anda bagi penyediaan pek makanan ini juga sangat-sangat kami alu-alukan.
Sinarilah Eidul-Adha anda dengan menyertai ibadah qurban ini.
Untuk malumat lanjut sila layari laman web Islamic Relief Malaysia di www.irm.org.my atau hubungi talian 03 89486334.
Sesungguhnya tumbuhnya amal kebajikan yang subur bermula dari benih qurban yang ikhlas.
Saya ingin menyertai/mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kempen Qurbani 2009.
Kenderaan lama wajib jalani pemeriksaan Puspakom
Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN)
Apakah rasionalnya ini semua? Apakah tujuan ianya diwujudkan. Untuk mengurangkan kadar kemalangan? Sepengetahuan kereta-kereta tua kebanyakannya tidak se-gah kereta-kereta baru yang boleh dipandu laju kerana usianya. Siapakah pemandu-pemandu kereta-kereta lama ini? Read more…
Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah
Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah
Wahai umat-umat Islam sedunia tontonlah kesemua video ini. Agar kita dapat bersatu kembali. Amin…
Guru Badul
Filem Lama Guru Badul ini ditarik dari laman youtube yang disusun dari part 1 hingga part 7 untuk memudahkan penontonan apa-apa pun terima kasih kepada peng “upload’ – http://www.youtube.com/user/dingerous layari laman youtbe beliau di youtube. Selamat Menonton.
Guru Badul
Pengarah : A. R . Badul
Syarikat Penerbit : None
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 1988
Pelakon
A. R . Badul : (Pelakon Utama)
Yusni Jaafar : (Pelakon Pembantu)
Datuk Mahmud June : (Pelakon Pembantu)
Norlida : (Pelakon Pembantu)
Sheila Rusly : (Pelakon Pembantu)
Ennie Sulastri : (Pelakon Pembantu)
Sinopsis:
Badul, pemuzik sambilan mendapat kerja sebagai pemungut hutang di syarikat Haji Lamin yang warak. Haji Lamin tertarik kepada keperibadian Badul yang berpura-pura alim dan bercadang menjadikannya sebagai menantu. Haji Lamin terkejut melihat Badul sedang menari di sebuah restoran. Badul menyatakan bahawa yang dilihat menari di restoran adalah adik kembarnya, Badal. Kekcohan berlaku apabila Haji Lamin jatuh hati dengan ibu Badul sementara anaknya Nora terpikat dengan Badal.-
Sumber : http://www.sinemamalaysia.com.my
P/S : Untuk memudahkan penonton kesemua part. Saya cadangkan anda klik link read more dibawah dan “play” kan kesemua video tersebut biarkan ianya running tetapi anda mute kan volume kecuali yang anda sedang tonton.
Untuk part seterusnya Klik –> Read more…
Perancangan kewangan untuk semua
Adakah anda memerlukan perancangan kewangan?
Ramai orang bertanggapan bahawa perancangan kewangan hanyalah untuk golongan berada sahaja. Sebenarnya, perancangan kewangan adalah untuk semua dan mungkin lebih penting lagi bagi golongan yang berpendapatan sederhana. Ini kerana golongan ini mempunyai pelbagai komitmen dari segi kewangan tetapi turut mempunyai matlamat hidup yang ingin dicapai. Matlamat hidup itu boleh jadi untuk membeli rumah dalam masa lima tahun, membiayai pengajian anak-anak di universiti dalam masa 10 tahun atau ingin bersara dengan selesa dalam masa 20 tahun lagi.
Apa itu sebenarnya perancangan kewangan?
Istilah “perancangan kewangan” lazimnya agak “menggerunkan” sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.